semalam aku tengok balik movie Istanbul! Aku Datang buat kali yang ke-20?? (i guess...) bila tengok movie ni dalam hati aku cakap.. bila la dapat pi Istanbul ni... huhuhuhu... sedih mak jemah okayy.. tengok kat tv je mampuu.. datang tak mampu laaa... kene carik laki kaya then baru boleh gedik2 cakap kat laki nak pi honeymoon kat Istanbul ni.. hahahaha.. so, what am i gonna share today pasal Istanbul ni?? sure la mak jemah nak share tempat2 yang mak jemah nak lawat kat Istanbul ni... Antaranyaaaaa.!!!!!!
Blue Mosque a.k.a Masjid Biru
kenapa ye masjid ini digelar sebagai Masjid Biru? antara sebab kenapa ianya dipanggil sebagai Masjid Biru ialah kerana jubinnya warna biru dan dinding dalam masjid pun colour biru.. dalam masjid ini juga terdapat madrasah.. masjid ini bukan sahaja dikunjungi oleh orang Islam, malah, orang bukan Islam pun datang ke masjid ni..
Dolmabahce Palace
ia merupakan istana yang paling popular di dunia. istana ini dibangunkan pada abad yang ke 19 dan menjadi pusat pentadbiran bagi kerajaan Uthmaniyyah (belajar agama kan kat sekolah? mesti korang tau...) Mustafa Kemal Atarturk yang merupakan pemimpin tertinggi mereka menjadikan Dolmabahce Palace ini sebagai tempat tinggalnya.. dan yang menariknya, semasa Mustafa wafat pada 10 November 1938 pada pukul 9.05 pagi, semua jam di dalam istana tersebut dihentikan. kini, istana tersebut dijadikan sebuah muzium sebagai simbol penghormatan..
Topkapi Palace
Topkapi Palace ialah istana terbesar di Istanbul dan merupakan kediaman rasmi bagi para sultan Uthmaniyyah selama lebih kurang 400 tahun (1465-1856). Istana ni pun dekat ngan laut.. laut dia biruu.. cantik sangat.. dalam istana ni terdapat banyak bilik dan ruang2 yang ada.. tapi tak semua bilik yang tourists dapat kunjung.. dalam istana ni juga terdapat masjid, hospital dan kedai2 antaranya kedai roti..
Hagia Sophia a.k.a Aya Sophia
salah satu tempat yang sememangnya aku nak datang... hehehe... Hagia Sophia atau Aya Sophia dibina sebagai gereja antara tahun 532 dan 537 AD atas arahan Maharaja Byzantine. ianya direka oleh dua orang arkitek iaitu Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Hagia Sophia menjadi gereja terbesar selama hampir 1000 tahun (lama tuuu..) selepas kerajaan Uthmaniyyah menawan kota Constatinople (nama lama bagi Istanbul) Hagia Sophia dijadikan sebagai masjid dan segala perkara yang berkaitan di dalam Hagia Sophia yang berkait dengan agama Kristian dibuang dan ditukar dengan unsur2 Islam seperti mimbar, mihrab dan 4 buah menara ditambah di luar Hagia Sophia (macam dalam gambar). Hagia Sophia kekal menjadi sebuah masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar menjadi muzium oleh Kerajaan Republik Turki..
Grand Bazaar
merupakan pasar terbesar di Istanbul.. so, korang kene la cari laki kaya sebelum nak shopping kat sini tak pun menabung dari kecik lagi so, korang dapatlah beli dengan kedai2 dia sekali..hahahaha!!

.jpg)
.jpg)



0 comments:
Post a Comment